Type here...we will help u........

Friday, July 15, 2011

BIG teselasi & contoh refleksi

BIG Siri 10/2011a






Teselasi 2 Dkelik link sebelah http://www.ziddu.com/download/15705835/teselation2d.pdf.html

REFLEKSI

Program Bina Insan Guru (BIG) telah mendatangkan kesan mendalam kepada saya. Saya dapat belajar banyak perkara semasa mengikuti program BIG ini. Para pensyarah dan pengalaman rakan guru yang telah berkhidmat berpuluh tahun telah membantu saya memahami keperibadian dan keperluan kerjaya saya. Walaupun pada ketika itu kondisi saya agak lemah kerana jarang mengikuti aktiviti yang lasak, namun akhirnya saya berjaya mengikuti semua aktiviti, alhamdulillah.

Saya juga ingin mengecapi kejayaan sebagaimana orang lain. Saya akan terus berusaha selagi terdaya untuk bersama orang lain, namun saya juga mempunyai kelemahan sendiri yang mungkin boleh menghalang saya menjadi salah seorang daripadanya.


Keadaan saya bolehlah saya gambarkan sebagaimana jadual SWOT di bawah dan penulisan refleksi saya akan berpandukannya.

Salah satu elemen penting dalam program BIG adalah berkerjasama akan membawa kejayaan. Kejayaan akan mudah dicapai melalui hubungan kerjasama yang padu. Pemimpin dengan yang dipimpin atau sesama rakan sejawatan perlu menjalinkan kerjasama supaya matlamat dapat dicapai bersama. Sekiranya terdapat di kalangan ahli yang tidak memberikan kerjasama, maka cacatlah apa yang dicitakan. Keadaan ini saya dapat lihat semasa aktiviti pembinaan rakit. Rakit lebih mudah disiapkan melalui kerjasama ahli. Justeru itu, saya akan menggunakan peluang yang ada pada saya iaitu sokongan pentadbir dan sokongan rakan sejawatan untuk memberikan kerjasama dan bergerak dalam satu pasukan untuk mencapai kejayaan.

Raket.JPG

Bagi merealisasikan kerjasama kita perlu mempunyai perasaan menghormati orang lain. Setiap orang ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Seseorang boleh menjadi hebat pada bidang yang dikuasainya tetapi tidak semestinya dia mahir pada bidang yang belum pernah diceburinya. Situasi ini saya dapat perhatikan melalui aktiviti berakit. Saya sangka sayalah yang terbaik dalam berakit tetapi saya gagal menyaingi perakit lain, lebih-lebih lagi perakit tersebut seorang perempuan. Peristiwa ini memang memberi tamparan hebat kepada saya supaya melihat seseorang tidak pada rupanya sahaja. Maka saya akan berusaha menjaga hubungan dengan rakan sejawatan saya di sekolah nanti dengan lebih menghormati mereka.

Rakit2.JPG

Penetapan matlamat juga sangatlah penting bagi sesebuah organisasi. Melaluinya semua ahli akan memahami kehendak dan hala tuju organisasi tersebut. Matlamat yang dibina memerlukan kesungguhan dan fokus yang tinggi bagi memperolehi hasilnya. Aktiviti kembara telah menjelaskan maksud kesungguhan dan fokus kepada saya. Tanpa kesungguhan dan fokus kepada pengendalian kompas, sudah pasti saya dan kumpulan akan tersesat. Keadaan ini memberi pengajaran kepada saya supaya bersungguh-sungguh dan fokus dalam tugasan. Walaupun tugasan saya banyak, maka saya perlu menyelesaikannya juga satu persatu sehingga selesai. Saya tidak boleh lari daripada masalah. Saya perlu menghadapinya barulah saya akan menerima hasilnya.

jungle tracking.JPG

Setiap tugasan yang digalas perlu dilaksanakan dengan amanah dan ikhlas. Tugasan yang disertai dengan amanah dan ikhlas akan menghasil kejayaan dan kepuasan. Bagaimanapun amanah dan ikhlas sering mendapat ujian yang besar dan memerlukan kesabaran. Sekiranya saya tidak amanah dan ikhlas semasa menjalankan tugas seperti perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran, sudah pasti yang akan menjadi mangsa adalah anak didik saya.Amalan yang murni ini ada diterapkan semasa aktiviti Buluh Amanah. Saya perlu menjaga amanah sebagaimana ahli lain menjaganya dan penuh ikhlas serta sabar menghadapi cabaran mendatang bersama.

buluh amanah.JPG