Type here...we will help u........

Sunday, January 19, 2014

Ilmu Hadis

Ringkasan Ilmu Hadis

Hadis dalam istilah bahasa bermaksud baru, tidak lama, ucapan, pembicaraan, cerita. Menurut ahli hadis pula, hadis adalah segala ucapan, perbuatan, dan keadaan Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam atau segala berita yang bersumber dari Nabi shallallahu alaihi wasallam berupa perkataan (qauli), perbuatan (fi’li), mahupun peneguhan kebenaran dengan alasan (taqriri), mahupun deskripsi sifat-sifat Nabi shallallahu alaihi wasallam. Menurut ahli usul fiqah pula: segala perkataan, perbuatan, dan takrir Nabi shallallahu alaihi wasallam yang bersangkut-paut dengan hukum.

Istilah lain untuk sebutan hadis ialah sunnah, khabar, dan atsar.
Menurut sebahagian ulama, cakupan sunnah lebih luas kerana ia diberi pengertian segala yang dinukilkan dari Nabi shallallahu alaihi wasallam, baik berupa perkataan, perbuatan, takrir, mahupun pengajaran, sifat, kelakuan, perjalanan hidup, dan baik itu terjadi sebelum masa kerasulan mahupun sesudahnya. Selain itu titik berat penekanan sunah adalah kebiasaan normatif Nabi shallallahu alaihi wasallam. Sunnah ialah segala yang diperintahkan, dilarang, dan dianjurkan oleh Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam, baik berupa perkataan mahupun perbuatan.

Khabar yang bererti berita atau warta, selain dinisbahkan kepada Nabi shallallahu alaihi wasallam, bisa juga kepada sahabat dan tabiin. Dengan demikian khabar lebih umum dari hadis kerana termasuk di dalamnya semua riwayat yang bukan dari Nabi shallallahu alaihi wasallam.

 Atsar yang juga bererti nukilan, lebih sering digunakan untuk sebutan bagi perkataan sahabat Nabi shallallahu alaihi wasallam, meskipun kadang-kadang dinis­bahkan kepada Nabi shallallahu alaihi wasallam. Misalnya, doa yang dinukilkan dari Nabi shallallahu alaihi wasallam disebut doa ma’sur. Dalam lingkup pengertian yang sudah dijelaskan, kata “tradisi” juga dipakai sebagai padanan kata hadis. Atsar juga adalah sesuatu yang berasal dari Tabi’in yang berbaiat atau yang menjadi murid kepada sahabat Nabi.

Perbezaan pengertian yang diberikan tentang hadis dan tentang pengertian kata yang semaksud dengannya (sunnah, khabar, dan atsar) disebabkan adanya perbezaan sudut pandang para ulama dalam melihat Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam dan peri kehidupannya.

1. Ulama hadis melihat Nabi shallallahu alaihi wasallam sebagai peribadi ikutan umat manusia.
2. Ulama usul fiqah melihatnya sebagai pengatur undang-undang dan pencipta dasar-dasar untuk berijtihad.
3. Fukaha (ahli fiqah) melihatnya sebagai peribadi yang seluruh perbuatan dan perkataannya menunjuk pada hukum Islam (syarak).

Perbezaan sudut pandang tersebut membawa pengertian hadis pada perbezaan pengertian, baik yang memberi penekanan yang amat terbatas dan tertentu, mahupun yang memahaminya dengan cakupan yang lebih luas asal saja itu dinukilkan dari Nabi shallallahu alaihi wasallam.

Dari segi sampai tidaknya kepada Nabi, Hadis dibagi menjadi tiga:
1. Hadis Marfu’: iaitu hadis yang periwayatannya sampai kepada nabi
2. Hadis Mauquf: iaitu hadis yang periwayatannya hanya sampai pada sahabat
3. Hadis Maqtu’: iaitu hadis yang periwayatannya hanya sampai pada Tabi’in.

Berdasarkan pengertiannya, maka yang termasuk kategori hadis yang dapat digunakan sebagai sumber ajaran Islam adalah Hadis Marfu’. Sedangkan Hadis Mauquf hanya menempati tingkatan Khabar dan Hadis Maqtu’ hanya merupakan Atsar.

Ditinjau dari segi isinya, Hadis dibagi menjadi tiga:
1. Hadis qauli: hadis yang isinya berupa perkataan atau ucapan Nabi
2. Hadis fi’li: hadis yang isinya berupa perbuatan Nabi yang dihuraikan oleh sahabat
3. Hadis taqriri: hadis yang isinya berupa ketetapan tindakan Nabi

Di antara ketiga bentuk hadis tersebut hadis qauli menempati kedudukan tertinggi, baru kemudian di bawahnya hadis fi’li. Hadis taqriri merupakan bentuk hadis yang terlemah.
klik untuk pembesaran imej
Unsur-Unsur dalam Hadis
Sanad iaitu mata rantaian periwayatan yang menghubungkan antara penulis hadis dengan generasi di atasnya hingga sampai kepada Nabi.

Matan iaitu redaksi atau bunyi dari sebuah hadis

Rawi iaitu para periwayat hadis yang terdapat dalam rangkaian sanad

Kedudukan Hadis
Hadis adalah sumber ajaran Islam yang kedua setelah Al-Quran. Ertinya Hadis menjadi dasar dan dalil bagi aturan-aturan (baik dalam masalah aqidah, hukum, mahupun etika) dalam ajaran Islam bersama-sama dengan Al-Quran.

Model Periwayatan Hadis
Ada dua model yang digunakan para sahabat (rawi) dalam meriwayatkan hadis dari Nabi, iaitu:

1. Periwayatan bil-lafzi, iaitu periwayatan hadis yang redaksi atau matannya persis sama dengan apa yang diucapkan oleh Nabi.

2. Periwayatan bil makna, iaitu periwayatan hadis yang redaksi atau matannya tidak persis sama dengan apa yang diucapkan Nabi, namun maknanya sama dengan yang dimaksudkan oleh Nabi.

Istilah dalam Periwayatan Hadis
Istilah periwayatan yang sering digunakan oleh para mudawwin Hadis berbeza-beza di antaranya:

-Akhrajahu syaikhani, ertinya hadis tersebut diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Juga disebut Mutafaquh Alaihi.

-Akhrajahu tsalatsah, ertinya hadis tersebut diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmidzi, dan an-Nasa’i.

-Akhrajahu arba’ah, bererti hadis tersebut diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmidzi, An-Nasai dan Ibn Majah.

-Akhrajahu khamsah, iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmidzi, An-Nasai, Ibn Majah dan Imam Ahmad.

-Akhrajahu Sittah,  bererti hadis tersebut diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, An-Nasai dan Ibn Majah.

-Akhrajahu Sab’ah, bererti hadis tersebut diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, An-Nasai, Ibn Majah, dan Imam Ahmad.

-Akhrajahu Jama’ah, ertinya hadis tersebut diriwayatkan oleh banyak ulama Hadis termasuklah Baihaqi, Hakim, Syafii, Malik, Darimi, Daraquthni, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Thabarani dan lain-lain lagi.

Metode Mempelajari Hadis (Tahammul wa Adail Hadis)
Metode mempelajari/menerima Hadis yang dipakai oleh para ulama adalah:

1. Sama’ (juga disebut secara bahasa pasar iaitu As-Sima’), iaitu guru membaca hadis di depan para muridnya. Bentuknya sama ada membaca hafalan, membaca dari kitab, tanya jawab dan dikte (menyalin dalam bentuk penulisan). Metode ini merupakan metode yang paling baik. Istilah yang digunakan adalah: sami’tu, haddatsana.

2. Al-‘ardhu, iaitu seorang murid membaca hadis di depan guru. Dalam metode ini seorang guru dapat mengkoreksi hadis yang dbaca oleh muridnya. Istilah yang dipakai adalah akhbarana.

3. Al-Ijazah, iaitu pemberian izin seorang guru kepada murid untuk meriwayatkan buku hadis tanpa membaca hadis tersebut satu demi satu. Istilah yang dipakai adalah an-ba-ana.

4. Al-Munawalah, iaitu seorang guru memberi sebuah atau beberapa hadis tanpa menyuruh untuk meriwayatkannya. Istilah yang dipakai adalah an-ba-ana.

5.  Al-Mukatabah, iaitu seorang guru menulis hadis untuk seseorang, hal ini mirip dengan metode ijazah.

6. I’lam as-Syeikh, iaitu pemberian informasi guru kepada murid bahawa hadis dalam kitab tertentu adalah hasil periwayatan yang diperoleh dari seseorang tanpa menyebut namanya.

7. Al-Washiyah, iaitu guru mewasiatkan buku-buku hadis kepada muridnya sebelum meninggal.

8. Al-Wijadah, iaitu seseorang yang menemukan catatan hadis seseorang tanpa ada rekomendasi untuk meriwayatkannya.

Hadis dan Hubungannya dengan Al-Quran
1. Bayan Tafsir iaitu menjelaskan apa yang terkandung dalam Al-Quran. Penjelasan tersebut berupa:
a.      Merinci yang mujmal, seperti contoh dalam pelaksanaan solat. Al-Quran hanya menjelaskan tentang hukum wajibnya solat, sedangkan hadis merinci bagaimana tata cara atau pelaksanaannya.
b.      Membatasi yang mutlak, seperti dalam ayat tentang pencurian. Al-Quran memberi hukuman potong tangan bagi pencuri, sedangkan hadis memberi batasan tentang jumlah barang yang dicuri yang dapat mengakibatkan hukuman potong tangan.
c.       Mentakhsis yang ‘Am, seperti ayat tentang warisan. Hadis metakhsis pembunuh pewaris tidak mendapat warisan.

2. Bayan Taqrir iaitu menguatkan apa yang terdapat dalam Al-Quran. Contohnya tentang wuduk. Al-Quran menjelaskan tentang wajibnya wuduk bagi orang yang mahu solat, sedangkan hadis menjelaskan hal yang sama.

3. Bayan Tasyri’ iaitu menetapkan berlakunya hukum baru. Contohnya: penetapan hukum rejam bagi penzina muhson.

Sejarah Perkembangan Hadis
1. Pada Masa Rasul
Nabi menyampaikan hadis melalui media: majlis ‘ilmi, melalui sahabat tertentu, ceramah pada tempat terbuka (seperti pada waktu haji wada’), perbuatan langsung, dan sebagainya.
Sahabat yang banyak menerima hadis antara lain:
a. as-Sabiqunal awwalun iaitu: Abu Bakar, Usman, Ali, dan Abdullah Ibn Mas’ud
b. Ummahatul Mukminin atau isteri-isteri Rasul seperti ‘Aisyah dan Ummu Salamah
c. Sahabat dekat yang menulis hadis iaitu Abdullah Amr bin al’Ash
d. Sahabat yang selalu memanfaatkan waktu bersama Nabi seperti Abu Hurairah
e. Sahabat yang aktif dalam majlis ilmu dan bertanya kepada sahabat yang lain seperti Abdullah bin Umar, Anas bin Malik, dan Abdullah bin Abbas.

Hadis lebih banyak dihafal kerana Rasul melarang menulis hadis agar tidak bercampur dengan Al-Quran. Namun terdapat beberapa sahabat yang menulis hadis dan disimpan sendiri seperti: a. Abdullah bin Amr bin ‘Ash (as-sahifah as-sadiqah)
b. Jabir bin Abdullah (sahifah Jabir)
c. Anas bin Malik
d. Abu Hurairah ad-Dausi (sahifah as-sahihah)
e. Abu Bakar, Ali, Abdullah bin Abbas dan lain-lain.

2. Hadis Masa Sahabat
Disebut juga dengan masa pembatasan dan pengetatan riwayat kerana perhatian difokuskan pada penyebaran Al-Quran. Sahabat sangat hati-hati dalam menerima dan meriwayatkan hadis. Setiap hadis yang diriwayatkan harus didatangkan seorang saksi. Terjadi perbezaan pendapat tentang pemaknaan larangan menulis hadis pada masa Rasul.

3. Hadis Masa Tabi’in
Dikenal dengan masa penyebaran riwayat. Al-Quran sudah tertulis dalam mushaf sehingga perhatian terhadap hadis lebih besar. Terbentuk pusat-pusat pembinaan hadis seperti Madinah, Makkah, Kufah, Basrah, Syam, dan Mesir, Maghrib dan Andalus, Yaman, dan Khurasan. Terjadi perpecahan politik yang mengakibatkan munculnya hadis maudhu’ (hadis palsu).

4. Masa Kodifikasi Hadis
Disebut juga dengan masa pencatatan hadis atau pembukuan hadis. Masa ini terjadi pada awal abad kedua hijrah. Dimulai dengan adanya instruksi dari khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada Abu Bakar bin Muhammad bin Amr bin Hazm (gabenor Madinah) dan para ulama Madinah (Muhamad bin Syihab az-Zuhri) untuk mengumpulkan hadis dari para penghafalnya. Alasan pengumpulan hadis
a. khawatir hilangnya hadis dengan meninggalnya para ulama
b. khawatir tercampurnya hadis sahih dengan yang palsu.

Kitab hadis yang berhasil ditulis dan masih ada adalah al-Muwatta’ karya Malik bin Anas.

5. Masa Seleksi dan Penyempurnaan Penyusunan Kitab Hadis.
Terjadi pada akhir abad kedua atau awal abah ketiga hijrah (masa pemerintahan al-Makmun dari bani Abbasiyah). Diadakan penyaringan terhadap hadis pada masa sebelumnya, dan dikelompokkan menjadi hadis marfu’, mauquf, dan maqtu’. Di samping itu juga disaring yang mana yang sahih dan mana yang dha’if. Ulama menetapkan kaedah-kaedah kesahihan hadis. Pada awal pengumpulan hadis, Imam Malik hanya menyenaraikan 1594 hadis yang diyakininya sebagai sahih dan hasan utuk fadhail amal. Imam asy-Syafii mempelajari hadis dari Imam Malik.

Kemudian ia diikuti dengan Imam asy-Syafii, seterusnya datang sahabat merangkap anak murid Imam Muhaddits asy-Syafii iaitu Imam Ahmad bin Hanbal yang mendakwa menghafal hampuir 1 juta hadis. Imam Ahmad hanya menyenaraikan 26363 hadis yang diyakininya sebagai sahih dan hasan untuk Fadilah amal. Imam asy-Syafii turut mengambil beberapa hadis dari Imam Ahmad bin Hanbal sekali gus kita tahu, ada rantaian rapat antara mazhab Syafii dengan mazhab Hambali dan mazhab Syafii dengan mazhab Maliki.

Periode Perkembangan Hadis dibahagikan kepada enam dan telah dijelaskan secara fakta di http://ibnnajib.blogspot.com/2010/10/periode-perkembangan-hadis.html

Kitab hadis yang disusun dengan penyaringan ini dikenal dengan kutub al-sittah atau kitab induk yang enam, iaitu:
a. al-Jami’ as-Sahih karangan Bukhari. Imam Bukhari (194-256H)
menghafal 600000 hadis tetapi mengeluarkan yang sahih sahaja sebanyak 7008.

b. al-Jami’ as-Sahih karangan Muslim. Imam Muslim (204-261H)
menghafal 300000 hadis tetapi hanya 5362 dikeluarkan dalam sahihnya dan hampir 1300 dinilai hasan.

c. As-Sunan karangan Abu Daud. Imam Abu Daud (202-275H)
menghafal 500000 dan hanya mengeluarkan sebanyak 4590 sebagai hadis sahih dan hasan yang diyakininya.

d. As-Sunan karangan at-Tirmidzi. Imam Tirmidzi (209-279H) hanya mengeluarkan 3891 hadis yang diyakininya sahaja dan kelebihan kitab jami' hadisnya, beliau mengulas setiap hadis. Ada hadis yang tidak diulas, ini kerana beliau ragu-ragu.

e. As-Sunan karangan an-Nasai

f. As-Sunan karangan Ibn Majah.

Masa selanjutnya ulama menyusun kitab hadis dengan sistematik jawami’ (mengumpulkan kitab-kitab hadis menjadi satu), kitab syarah (komentar), kitab mukhtasar (ringkasan), kitab athraf (menyusun pangkal suatu hadis sebagai petunjuk kepada materi hadis), mentakhrij (mengkaji sanadnya).

Muhammad bin Abdullah al-Jauzaqi dan Ibn al-Furrat mengumpulkan isi kitab Bukhari dan Muslim. Abdul Haq ibn Abdurrahman al Asybili, al-Fairuz Zabdi, dan Ibn Atsir al-Jazari mengumpulkan kitab hadis yang enam.

Ad-Daruqutni, al-Baihaqi, Ibn Hajar al-Asqalani mengumpulkan kitab-kitab hadis mengenai hukum.

Semakin jauh Imam hadis dari rantaian sanad perawi, semakin panjang sanad hadisnya dan semakin banyak keraguan akan timbul pada hadis. Oleh kerana itu, timbullah pula pengumpulan data perawi rijal hadis sehingga Al-Mizzi berjaya mengumpulkan 40000 nama rijal hadis dalam kitabnya Tahzib kamal (تهذيب الكمال في أسماء الرجال) dan Ibnu Hajar Al-Asqolani mengumpulkan 15000 rijal dalam kitab lisan al-Mizan ( لسان الميزان) dan Ibnu Hibban pula mengumpulkan 16000 rijal dalam kitab tsaqat (ثقات ابن حبان)

Ulumul Hadis dan Cabang-cabangnya
Kajian tentang hadis disebut ‘Ulum al-Hadis. Berbagai karya menyangkut kajian tersebut meliputi bermacam aspek dan telah ditulis oleh banyak ahli dari berbagai kalangan. Orang pertama yang mencoba menyusun sebuah karya yang menyeluruh ialah Abu Muhammad ar-Ramahurmuzi (265-360 H), yang menulis sebuah karya panjang terdiri atas tujuh bahagian yang berjudul al-Muhaddis al-Fasil bain ar-Rawi wa al-Wd’iz (Ahli Hadis yang Memisahkan Antara Rawi dan Pemberi Nasihat).

Al-Hakim an-Naisaburi telah menulis sebuah karya yang lebih sistematis dengan judul Ma’rifah ‘Ulum al-Hadis (Makrifat llmu Ha­dis), yang dibagi ke dalam 52 kategori, yang merupakan model tulisan yang diikuti oleh banyak penulis sesudahnya. Karya Ibnu Salah, ‘Ulum al-Hadis (llmu Hadis), yang dipandang sebagai karya klasik dalam hal ini, mengandung 65 kategori. Kajian tersebut mencakup secara terperinci berbagai pokok persoalan yang menyangkut peringkat hadis dan para rawi, cara mempelajari dan meriwayatkan hadis, aturan tentang detail-detail tulisan tangan hadis, cara membuat koreksi yang diperlukan terhadap sebuah manuskrip, dan bahkan menyangkut periwayatan mulai berlangsung dan berhenti.

Ulumul Hadis iaitu ilmu yang membicarakan masalah hadis dari berbagai aspeknya.
Ilmu Hadis muncul pada masa Tabi’in. Az-Zuhri dianggap sebagai peletak dasar ilmu Hadis. Kemudian selanjutnya muncul para mudawin Hadis seperti Malik, Bukhari, dan sebagainya. Ilmu ini dibagi dua iaitu:

1. Ilmu Hadis Riwayah
Ilmu Hadis Riwayah adalah ilmu hadis yang berupa periwayatan atau ilmu yang menukilkan segala yang disandarkan kepada Nabi.

Objek kajiannya adalah:
-Bagaimana cara menerima dan menyampaikan hadis
-Bagaimana cara memindahkan hadis
-Bagaimana cara mentadwinkan hadis.
-Kegunaannya adalah untuk menghindari adanya penukilan yang salah dari sumbernya.


Bahagian dari ilmu hadis yang mempelajari cara-cara penukilan, pemeliharaan, dan penulisan atau pembukuan hadis (segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam berupa perkataan, perbuatan, dan ikrar). Sedangkan tujuannya adalah menjadikan Nabi shallallahu alaihi wasallam sebagai suri teladan dan terutama untuk memahami hadis-hadis Nabi shallallahu alaihi wasallam sebagai penjelas wahyu Al-Quran.



Ulama pelopor dalam bidang ilmu ini ialah Muhammad bin Syihab az-Zuhri (51-124 H), seorang imam dan ulama besar di Hijaz dan Syam (Syria), yang tercatat sebagai orang pertama yang menghimpun hadis-hadis Nabi shallallahu alaihi wasallam atas perintah Khalifah Umar bin Abdul Aziz (Umar II, memerintah 99-102 H/717-720 M).



Yang menjadi objek kajian ilmu hadis riwayah adalah


(1) cara periwayatan hadis, yang meliputi bagaimana cara penerimaan hadis dan penyampaiannya kepada orang lain dan

(2) penulisan atau pembukuan hadis. Dengan demikian ilmu ini tidak berkompetensi membicarakan ketsiqahan (tsiqah = terpercaya) rawi dan kejanggalan/kesalahan matan hadis kerana hal tersebut bukan merupakan objek kajian ilmu hadis riwayah.

Sebelum Al-Quran selesai ditulis, para sahabat secara resmi dilarang menulis hadis, sehingga hadis tersebut disimpan melalui hafalan para sahabat. Pada sisi lain, Nabi shallallahu alaihi wasallam dalam berbagai perkataan, perbuatan, dan takrirnya, tidak selalu dalam kondisi yang sama.

Maka dalam transmisi (periwayatan) hadis ini terdapat beberapa faktor yang menjamin terpeliharanya keaslian hadis sejak penerimaan pertama dari Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sampai masa hadis dibukukan, iaitu:

(1) cara Nabi shallallahu alaihi wasallam berbicara perlahan-lahan, tegas, dan jelas, bahkan sering mengulangnya sampai tiga kali;

(2) Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam menyampaikannya dengan fasih (Nabi shallallahu alaihi wasallam dikenal sebagai seorang yang fasih dan ballgh [menggunakan bahasa yang baik dan benar] atau ana afsahu min nutqifi ad-dad);

(3) Nabi shallallahu alaihi wasallam sering menyesuaikan dialeknya dengan dialek lawan bicaranya;

(4) para sahabat yang menerima hadis sangat hormat kepada Nabi shallallahu alaihi wasallam dan memandangnya sebagai idola mereka;

(5) sahabat yakin betul bahawa apa yang diucapkan Nabi shallallahu alaihi wasallam mengandung makna yang dalam sehingga mereka mendengarkannya dengan tekun;

(6) orang-orang Arab memiliki kemampuan menghafal yang luar biasa; dan

(7) pada tingkat tabiin, transmisi hadis dan keasliannya juga dijamin oleh anggapan para tabiin bahawa apa yang diterimanya itu semuanya adalah sesuatu yang berharga.

Adapun periwayatan (transmisi) hadis oleh para sahabat, tabiin, dan tabi’ at-tabi’in (setelah generasi tabiin) dilakukan dengan dua cara, iaitu

(1) periwayatan dengan lafaz (riwayah bi al-lafzl) dan

(2) periwayatan dengan makna (riwayah bial-ma’na).

Periwayatan dengan lafaz adalah periwayatan yang disampaikan sesuai dengan lafaz yang dikata-kan oleh Nabi shallallahu alaihi wasallam secara persis. Akan tetapi dalam kenyataannya periwayatan dengan lafaz ini sangat sedikit jumlahnya. Ciri-ciri hadis yang diriwayatkan dengan lafaz ini antara lain:

(1) hadis-hadis tentang doa;

(2) dalam bentuk muta’abbad (sanadnya memperkuat hadis lain yang sama sanadnya), antara lain tentang azan dan syahadat; dan

(3) tentang jawami’ al-kalimah (kata-kata yang padat dan dalam pengertiannya).

Sedangkan periwayatan hadis dengan makna adalah hadis yang diriwayatkan sesuai dengan makna yang dimaksudkan oleh Nabi shallallahu alaihi wasallam, meskipun dari segi redaksi terdapat perubahan. Kebanyakan hadis Nabi shallallahu alaihi wasallam diriwayatkan dalam bentuk ini kerana Rasulullah shallallahu alaihi wasallam memberikan isyarat bahawa meriwayatkan hadis dengan riwayah bi al-ma’na dibolehkan. Namun dalam hal ini dituntut syarat-syarat yang sangat ketat, iaitu:

(1) yang meriwayatkan hadis tersebut faham betul isi dan kandungan hadis yang dimaksudkan;

(2) rawi tersebut harus memahami secara luas perbezaan-perbezaan lafaz muradif (sinonim) dalam bahasa Arab;

(3) rawi tersebut hanya lupa lafaz hadis yang disampaikan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, sementara maknanya di-ingat secara persis;

(4) Muslim;

(5) baligh;

(6) adil; dan

(7) dabit (cermat dan kuat).

Dalam hal periwayatan hadis, masalah lain yang menjadi bahasan adalah at-tahammul (sigat at-tahammul atau sighat al-isnad) dan al-’ada’. At-Ta-hammul adalah cara atau praktik seseorang dalam menerima hadis dari guru (syekh)nya. Adapun al-’ada’ adalah cara atau praktik yang ditempuh oleh seorang rawi dalam meriwayatkan hadis kepada pihak yang menerimanya.

2. Ilmu Hadis Dirayah
Ilmu Hadis Dirayah atau disebut dengan ilmu Mustalahul Hadis, iaitu ilmu yang mempelajari tentang keadaan hadis dari segi kesahihan, sandaran, mahupun sifat-sifat rawinya.
Objek kajiannya adalah sanad, matan dan rawi.

Kegunaannya adalah:
-Untuk mengetahui pertumbuhan hadis
-Untuk mengetahui tokoh-tokoh hadis
-Untuk mengetahui kaedah-kaedah yang digunakan
-Untuk mengetahui istilah dan criteria hadis.

Penjelasan lanjut Ilmu Mustholah hadis boleh semak di pautan http://ibnnajib.blogspot.com/2012/01/sejarah-munculnya-ilmu-mustolah-al.html

Ilmu Hadis Dirayah iaitu mempelajari kaedah-kaedah untuk mengetahui hal ehwal sanad, matan, cara-cara menerima dan menyampaikan hadis, sifat-sifat rawi, dan lain-lain. Sasaran kajiannya adalah keadaan matan, sanad, dan rawi hadis. Sedangkan kegunaannya adalah untuk mengetahui dan menetapkan maqbul (diterima) dan mardud (ditolak)nya suatu hadis. Dirayah secara bahasa bererti pengetahuan dan pengenalan.

Penelitian terhadap rawi-untuk mengetahui diterima atau ditolak riwayatnya-meliputi penelitian tentang keadaannya pada waktu menerima dan menyampaikan hadis kepada orang lain, dan sifat ter-cela atau adil yang dimilikinya serta pengetahuan tentang negeri, keluarga, kelahiran, dan wafatnya. Penelitian tentang hal ehwal yang diriwayatkan (sanad dan matan hadis) menyangkut syarat-syarat periwayatan ketika menerima dan menyampaikan hadis kepada orang lain, bersambung atau terputus sanadnya, pengetahuan tentang cacat-cacatnya, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan diterima atau ditolaknya hadis tersebut.

Ilmu dirayah menjadi alat bagi ilmu riwayah. Sekalipun ilmu dirayah telah menjadi pembahasan para ulama sejak abad ke-2 H, namun ilmu ini belum dibahaskan secara khusus dalam sebuah kitab tertentu. Baru pada masa Abu Muhammad ar-Ramahurmuzi pembahasan mengenai ilmu ini di-tuangkan dalam sebuah karya tulis.

Ilmu hadis dirayah bertujuan untuk menetapkan diterima atau ditolaknya sebuah hadis dan selanjut-nya dapat dipertimbangkan untuk diamalkan atau ditinggalkan. Ilmu ini disebut juga ‘ulum al-hadis (ilmu hadis), mustalah al-hadis (ilmu mustalah hadis), atau ‘Urn usulal-hadis (ilmu dasar hadis). Berdasarkan keterangan di atas, seseorang yang mendalami hadis tidak dapat melepaskan diri dari ilmu hadis dirayah-sebagaimana juga ilmu hadis riwayah kerana dengan ilmu itulah ia dapat membeza-kan antara hadis yang diterima dan yang ditolak.

Kajian ilmu hadis dirayah sangat luas, sehingga banyak cabang-cabangnya. Imam as-Suyuti mengatakan bahawa cabang-cabang ilmu itu banyak sekali sehingga tak terhitung. Ibnu Salah (ahli hadis; w. 642 H/1246 M) menyebutkan enam macam dan setiap macam boleh berkembang menjadi tak terbatas. Namun al-Hafiz bin Kasir (ahli hadis; w. 774 H) mengomentari bahawa pembahagian Ibnu Salah tersebut dapat ditinjau kembali.

Ilmu hadis dirayah memiliki cabang-cabang yang berkaitan dengan sanad dan rawi, dan matan hadis. Cabang-cabang yang berkaitan dengan sanad dan rawi yang terpenting di antaranya ialah
- al-jarh wa at-ta’dil,
- rijal al-hadis, 
- tabaqatar-ruwat.

Sedangkan yang berkaitan dengan matan hadis adalah
- garib al-hadis,
- asbab wurud al-hadis,
- tawarikh al-mutun,
- talfiq al-hadis,
- at-tasifwa at-tahnf, 
- an-nasikh wa al-mansukh.
Ilmu Mukhtaliful Hadis
- Ilmu Ilalil Hadis
Penerangan istilah ini telah dikeluarkan berasingan di pautan http://ibnnajib.blogspot.com/2010/11/ilmu-rijal-hadis.html

Pembicaraan tentang hadis dirayah sudah dimulai sejak zaman sahabat. Kemudian berkembang pada zaman tabiin dan menjadi sebuah ilmu yang berdiri sendiri pada abad ke-3 H. Di antara kitab-kitab pertama yang menyangkut hadis dirayah adalah Tabaqat Ibn Sa’d (generasi periwayat hadis) oleh Ibnu Sa’ad (w. 230 H), ‘Hal al-Hadis wa Ma’rifah ar-Rijal (meneliti kecacatan hadis dan mengetahui periwayat hadis) oleh al-Madini (w. 234 H), Ganb al-Hadis (kitab yang memuat hadis gharib/aneh) oleh Abu Ubaid al-Qasim bin Salam (w. 224 H), Ta’wil Mukhtalif al-Hadis (mengambil jalan keluar dari hadis-hadis yang maknanya bertentangan) oleh Ibnu Qutaibah (w. 276 H), dan kemudian al-Jarh wa at-ta’dil (menilai cacat atau adilnya periwayat hadis) oleh Abdur Rahman bin Abi Hatim ar-Razi (w. 326 H) dan al-Muhaddis al-Fdsil (periwayat hadis pilihan) oleh al-Qadi Abu Muhammad ar-Ramahurmuzi (w. 360 H).

hadis dirayah adalah yang menyangkut pembahagian hadis dari segi nilainya, iaitu hadis sahih, hadis hasan, dan hadis daif. Demikian juga masalah usia periwayat ketika menerima hadis, cara menerima dan menyampaikan hadis yang diriwayatkannya kepada orang lain serta jarh dan ta’dil.

Pembahagian Hadis Berdasarkan Kuantiti Rawi
Berdasarkan sedikit banyaknya rawi yang meriwayatkan hadis dibagi menjadi tiga:

1.      Hadis Mutawatir: iaitu hadis yang diriwayatkan oleh orang banyak, diterima oleh orang banyak dan mustahil mereka berdusta. Syarat bagi hadis mutawatir adalah:
a.       Diriwayatkan oleh banyak rawi.  Ulama berbeza pendapat tentang ukuran banyaknya, ada yang berpendapat minimal 4 rawi, ada yang berpendapat 40, atau 70, atau 313 orang.

b.      Adanya keyakinan bahawa mereka tidak mungkin berdusta.

c.       Ada keseimbangan jumlah sanad dalam setiap thabaqatnya (tingkatan generasi periwayat hadis).

d.      Berdasarkan tanggapan pancaindera. Hadis yang diriwayatkan harus berasal dari pengamatan pencaindera, bukan berupa hasil perenungan, pemikiran atau rangkuman.

2.      Hadis Aziz, iaitu hadis yang diriwayatkan oleh dua orang perawi atau lebih.

3.      Hadis Ahad, iaitu hadis yang diriwayatkan oleh satu orang rawi.

Pembahagian Hadis Berdasakan Kualiti Rawi
Berdasarkan kualiti rawi hadis dibagi menjadi tiga iaitu:

1. Hadis Sahih, iaitu hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang adil, sempurna kedhabitannya dan bersambung sanadnya. Syarat hadis Sahih adalah:
a.       Diriwayatkan oleh perawi yang adil.
b.      Kedhabitan perawinya sempurna.
c.       Sanadnya bersambung
d.      Tidak ada cacat atau illat.
e.       Matannya tidak syaz atau janggal.

2. Hadis Hasan, iaitu hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang adil, kurang kuat hafalannya dan bersambung sanadnya. Syarat hadis hasan adalah:
a.       Para perawinya adil.
b.      Kedhabitan perawinya dibawah perawi hadis sahih.
c.       Sanadnya bersambung.
d.      Tidak mengandung kejanggalan pada matannya.
e.       Tidak ada cacat atau illat.

3. Hadis Dha’if, iaitu hadis yang tidak memenuhi syarat sebagai hadis sahih mahupun hadis hasan. 

Daftar kata istilah yang lain boleh di dapati dalam artikel Pelajaran Mengenal Hadis dan Kaedah Mengusulkannya di pautan http://ibnnajib.blogspot.com/2012/03/pelajaran-mengenal-hadis-dan-kaedah_3.html 
Hadis Maudhu’ dan Permasalahannya
Hadis maudhu’ adalah hadis yang dibuat-buat atau diciptakan atau didustakan atas nama Nabi
Menurut Ahmad Amin hadis maudhu’ sudah ada sejak masa Rasulullah. Dasarnya adalah munculnya hadis: mn kazzaba ‘alayya…
Cara Mengetahui Hadis Maudhu’ biasanya dengan adanya pengakuan dari pembuatnya, maknanya rosak, bertentangan dengan Al-Quran, hadis mutawatir dan hadis sahih. Matannya menyebutkan janji pahala yang besar untuk perbuatan kecil. Rawinya pula pendusta.

Punca Asal Terjadi Hadis palsu
1. Ulama Hadis lain berpendapat bahawa munculnya hadis maudhu’ adalah pada tahun 40 H, pada masa khalifah Ali bin Abi Thalib ketika terjadi pertikaian politik.

2. Pertentangan politik antara Ali dan Muawiyah. Menurut Ibnu Abi al-Hadid kelompok Syiah adalah yang pertama kali membuat hadis maudhu’.

3. Usaha kaum zindiq, iaitu golongan yang berusaha merosakkan Islam dari dalam, seperti Abdul Karim Ibn al-Auja’.

4. Perselisihan dalam ilmu Kalam dengan tujuan untuk memperkuat pandangan kelompok masing-masing yakni kelompok ahli kalam (muktazilah dan asyairah), ahli bidaah (sufi) dan ahli falsafah (tarekat tasawuf).

5. Selain itu,terdapat juga kes untuk menarik simpati kaum awam dan menjilat (mengampu)penguasa.

Perbincangan dilanjutkan dalam artikel bertajuk Ilmu-ilmu asas untuk mempelajari Isnad di http://ibnnajib.blogspot.com/2011/07/ilmu-ilmu-asas-untuk-mempelajari-isnad.html

Usaha Penyelamatan
Menyusun kaedah penelitian hadis, khususnya kaedah tentang kesahihan sanadnya. Kitab yang memuat tentang hadis maudhu’ antara lain: al-Maudhu’ al-Kubra yang disusun oleh Abu al-Fajri dan pada abad sekarang, Syeikh Albani telah membukukan satu kitab berjudul Silsilah Hadis Daif dan Maudhu.

Jika syiah beriman dengan 9000 hadis palsu di dala kitab al-Kafi, mereka yang isytihar diri sebagai ahli sunnah (kononnya) pula telah beriman dengan hampir 100000 hadis palsu. Mereka ini di kalangan ahli bidaah, ahli kalam, ahli falsafah dan ahli tarekat tasawuf.

Kita sebenarnya dibenarkan mengkaji hadis. Tidak salah mengkaji hadis selama mana ada disiplin dan ilmu mengenainya. Mengkaji hadis bukannya tugas sebahagian besar ulama kerana ulama bertugas sebagai penyampai ilmu agama kepada masyarakat. Antara ulama pada abad ini yang terlibat dengan hadis ialah Syeikh Nashiruddin Albani, beliau adalah tukang jam sebagaimana Imam Syafii seorang penjual kacang.

Dalam prinsip ahli sunnah, sahih Bukhari adalah kitab paling sahih, pun begitu ulama sufi selalu mempertikaikan hadis sahih Bukhari. Mazhab Sufi mengkaji sahih Bukhari kerana sahih Bukhari paling banyak menidakkan amalan bidaah mereka. Kebanyakan ulama salaf tidak mencela ulama sufi berkenaan dengan kes, ulama salaf bertindak mengulas secara ilmiah sahaja. Perlu diketahui, agama yang paling suka mempertikaikan hadis sahih Bukhari ialah agama Syiah, maka adakah kita perlu berkata mazhab sufi adalah ahli sunnah juga?

Hadis masih boleh dikaji oleh sesiapa sahaja tidak mengira kerjaya dan pangkat kerana terhadnya peminat hadis yang sudi menceburi bidang hadis. Tidak ramai yang ingin menceburinya kerana 'akan muflis' gara-gara terpaksa membeli sebahagian besar kitab Imam Hadis serta terpaksa menghabiskan masa yang banyak bagi menilai satu hadis. Saya pernah menilai satu hadis daif dengan mengambil masa 3 hari. Itu pun tersilap juga bila saya jumpa lagi dalil lain.

Belajar di universiti sahaja tidak cukup, kerana apa matlamat anda belajar di Universiti, sebenarnya anda hendak bekerja makan gaji dalam bidang tertentu. Ingatlah, menceburi bidang hadis bukan untuk bekerja, tetapi untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment